Profil


SEJARAH RINGKAS SEKOLAH UGAMA ANGGEREK DESA, BRUNEI II
Sekolah ini terletak di Kampong Anggerek Desa di dalam Mukim Berakas ‘A’, kira-kira 8 km dari Bandar Seri Begawan. Sekolah ini adalah bangunan Sekolah Rendah Anggerek Desa. Mengikut sejarah awal sekolah ini telah mula ditubuhkan pada tahun 1962M (selepas pemberontakan). Manakala tertubuhnya Sekolah Ugama (di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama) ialah pada pertengahan tahun 2000M. Pada tahun 2002M telah termeterainya MOU di antara Kementerian Pendidikan dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Dengan Titah KDYMM Baginda Sultan maka Sekolah Ugama telah dimasukkan dalam kawalan Kementerian Pendidikan.
Maka dari tarikh tersebut semua hal pentadbiran sekolah adalah di bawah satu bumbung iaitu sekolah telah ditadbir oleh Guru Besar bahagian pagi dan manakala Guru Besar Ugama menjadi Penolong Guru Besar Ugama. Setelah 4 tahun bahagian ugama ditadbir oleh bahagian umum sekolah pagi iaitu di bawah sistem rintis dan bersepadu maka dengan Titah KDYMM Baginda Sultan sekali lagi Sekolah Ugama telah dikembalikan semula kepada kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Pada masa ini Sekolah Ugama Anggerek Desa telah ditubuhkan semula dari bulan Januari 2006M. Kewujudan Sekolah Ugama Anggerek Desa yang telah banyak menempuh beberapa perubahan yang mencabar pucuk kepimpinan pentadbiran sekolah ini sehingga beberapa perkara telah dan sedang dilaksanakan bagi membentuk semula pengurusan pentadbiran bagi memenuhi kehendak Kementerian Hal Ehwal Ugama umumnya dan Jabatan Pengajian Islam khususnya.